Selasa, 26 Januari 2010
KATA GANDA
Merupakan perkataan yang terhasil melalui penggandaan kata dasar sesuatuy perkataan. Proswes penggandaan ini menghasilkan 4 jenis kata ganda
1) Kata ganda penuh
Seluruh kata dasar tersebut digandakan sepenuhnya. Kata ganda yang terbentuk akan menghasilkan maksud yang sama ada jamak atau tunggal
Contohnya : kura-kura, buku-buku dan sebagainya
2)Kata ganda separa
Berlaku proses pemendekan perkataan yang terhasil daripada kata ganda seluruh. Kat aganda ini sering membawa maksud tunggal, namun terdapat juga yang membawa maksud jamak.
Contohnya : kekuda, lelaki,kekabu dan sebaginya
3) Kata ganda berentak
penggandaan yang mengalami perubahan bunyi dan biasanya membawa maksud jamak
ContohnyaL: lauk-pauk, bukit-bakau, kusut-masai dan sebagainya.
PENJODOH BILANGAN
Kata yang digunakan bersanma-sama kata bilangan yang hadir dalam bentuk tiga dimensi. Penjodoh bilangan tidak perlu diguanakan bagi menghitung kata nama abstrak.
Contohnya:
1) gugus
2) kawan
3) kepal
4) Papan
KATA MAJMUK
Merupakan rangkaian dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk ditulis terpisah tetapi bertindak sebagai satu unit tanpa boleh menerima sebarang penyisipan di antara kata-kata dasar yang membentuk kata majmuk tersebut.
Contohnya:
merah jambu
rabun ayam
angkat diri
jalan raya
kerusi malas
KATA SERU
Digunakan untuk melahirkan perasaan dalam diri seseorang seperti perasaan gembira, takut, suka, sedih, rindu dan sebagainya. Tanda koma (,)tidak diletakkan selepas kata seru wahai tetapi dinyatakan selepas objeknya .
Contohnya : Wahai adikku, rajinlah membaca buku
KATA PENGUAT
Kata yang digunakan untuk menguatkan lagi maksud bagi sesuatu kata adjektif . Kata penguat ini juga disebut kata digri dan umumnya hadir bersama-sama kata adjektif atau kata kerja yang membawa maksud kata adjektif seperti memberangsangkan, memilukan, membosankan dan sebagainya.
Terdapat 3 kata penguat
1) Kata penguat hadapan
2) kata penguat belakang
3) kata penguat bebas
KATA PEMERI
Merupakan unsur yang menjadi pemeri hal atau penghubung antara subjek dengan frasa utama dalam predikat. Pemerihalan ini dapat dilakukan melaui dua cara iaitu denmgan menggunakan kata pemeri. Terdapat dua kata pemeri sahaja iaitu ialah dan adalah
KATA BANTU
Merupakan kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa dan ragam.
Kata bantu aspek.Kata bantu aspek menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa Contohnya: sudah,belum,akan,sedang,masih,pernah.
Kata bantu ragam menerangkan sesuatu perbuatan sama ada mesti atau mungkin untuk pelakunya melakukannya Contohnya : harus,hendak,mahu,boleh
KATA ARAH
Merupakan perkataan yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu arah. Contohnya : bawah, atas, tepi, kanan, kiri dan sebagainya
KATA HUBUNG
Merupakan perkataan yang digunakan untuk menggabungkan kata, frasa, atau ayat bagi membentuk ayat majmuk
Terbahagi kepada dua iaitu :
Kata hubung gabungan seperti dan, lalu,sambil,maka,lantas,atau,sementara,kecuali,tetapi.
Kata hubung pancangan seperti bahawa,apabila supaya,selama,hingga, jika, kerana,selagi,meskipun, sebelum, sekiranya,selama,sementara.
KATA ADJEKTIF
Merupakan kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatru kata nama atau benda. Kata adjektif dapat berdiri sebagai frasa adjektif untuk memenuhi tugas sebagai predikat dalam binaan sesuatu ayat. Terdapat beberapa jenis kata adjektif
1) Keadaan Contohnya : Gagah, berani, jahat,pintar
2) Warna Contohnya: Hitam, putih, gelap
3) Cara Contohnya: Deras, cepat, laju
4) Ukuran Contohnya : Panjang, bulat, leper
5) Waktu Contohnya: Segera, awal, lama, baharu
6) Jarak Contohnya: jauh, dekat
7) Perasaan Contohnya: sedih, gembira, benci
8) Pancaindera Contohnya: Masin,harum, busuk
KATA KERJA TRANSITIF
Merupakan kata kerja yang memrlukan objek untuk membentuk frasa kerja yang dapat bertugas sebagai predikat di dalam ayat. Objek yang hadir selepas kata kerja transitif mestilah terdiri daripada kata nama.
KATA BILANGAN digunakan untuk menghitung atau mengira sesuatu. Kata bilngan dapat dikumpulkan kepada enam jenis iaitu
1)Kata bilangan tentu. Contohnya:satu,lima,sepuluh dan lain-lain
2)Kata bilangan tak tentu Contohnya : beberapa, semua,segala,banyak,para
3)Kata bilangan pecahan Contohnya: setengah,separuh,dua pertiga,
4)Kata bilangan pisahan Contohnya: setiap, masing-masing
5)Kata bilangan himpunan Contohnya: kedua-dua, berpuluh-puluh, beribu-ribu
6)Kata bilangan tingkat Contohnya: pertama,kedua,ke-2,ke-3
KATA GANTI NAMA
KATA GANTI NAMA PERTAMA merupakan kata ganti yang diggunakan untuk menggantikan nama manusia sahaja. Kata ganti nama ini membawa makssud tunggal dan jamak
Tunggal: saya, aku,patik, hamba ,beta ,daku
Jamak: kami, kita
KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA digunakan untuk merujuk kepada orang yang sedang dilawan bercakap. Kata ganti diri kedua ini terdiri daripada tunggal dan jamak
Tunggal: anda, awak,kamu,engkau,tuanku,tuan hamba, dikau
Jamak: Kalian
KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA digunakan untuk menggantikan diri orang yang dicakapkan tentangnya dan biasanya orang yang dicakapkan itu tidak berada di tempat itu. Kata ganti ini terdiri daripada bentuk tunggal dan jamak
Tunggal: dia,ia,beliau,baginda
Jamak: mereka
SISTEM BAHASA DALAM BAHASA MELAYU
KATA NAMA TERBAHAGI KEPADA TIGA IAITU :
1) KATA NAMA AM IAITU perkataan yang merujuk kepada benda-benda atau perkara -perkara yang bersifat umum dan lazimnya untuk menamakan
manusia seperti guru,ibu,kakak,polis,askar dan sebagainya
binatang seperti kucing, gajah, tikus,kambing dan sebagainya
benda seperti jam,kereta,telefon dan sebaginya
tumbuh-tumbuhan seperti padi, serai,rumput,pandan dan sebagainya
2)KATA NAMA KHAS IAITU merupakan perkataan yang merujuk secara khusus bagi sesuatu perkara. Kata nama khas ditulis dengan menggunakan huruf besar pada pangkalnya
3)KATA NAMA TERBITAN IAITU merupakan suatu perkataan yang terbit daripada kata dasar akibat proses pengimbuhan dan membawa suatu maksud yang baru. Proses pengimbuhan ini boleh terdiri daripada awalan, akhiran mahupun apitan. Contohnya:
AWALAN : ketua,kehendak,kekasih,pemanis dan sebagainya
AKHIRAN: makanan, lautan,mainan,minuman,jawapan,latihan dan sebagainya
APITAN : kejayaan, kedudukan,persekitaran,pemberian,kesusahan dan sebagainya