Hadis Anas r.a katanya : Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu berdoa maka hendaklah kamu berazam serta benar-benar memohon kepada Allah s.w.t dan janganlah berkata: Ya Allah jika Engkau kehendaki maka perkenanlah kepada aku kerana sesungguhnya ALLAH itu bukanlah kedekut
Rabu, 30 Disember 2009
HADIS
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman : Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKU terahadapKU. Aku bersamanya ketika ia mengingatiKU. Apabila dia mengingatiKU dalam dirinya nescaya AKU juga akan mengingatinya dalam diriKU. Apabila dia mengingatiKU dalam suatu kaum nescaya aku juga akan mengingatinya dalam satu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati AKU dalam jarak sejengkal nescaya AKU akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKU sehasta nescaya aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKU dalam keadaan berjalan seperti biasa nescaya aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak.
TAFSIR AYAT AL-ASHR
DEMI MASA
ZAMAN ATAU WAKTU YANG DIMULAI DARI TERGELINCIRNYA MATAHARI HINGGA TERBENAMNYA, MAKSUDNYA ADALAH WAKTU ASAR.
SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU (YANG DIMAKSUDKAN ADALAH JENIS MANUSIA BENAR-BENAR BERADA DALAM KERUGIAN DI DALAM PERNIAGAAN
KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN AMAL SOLEH, MEREKA TIDAK TERMASUK ORANG-ORNAG YANG METUGIKAN DI DALAM PERNIAGAANYA DAN SALING NASIHAT-MENASIHATI ERTINYA SEBAHAGIAN DI ANTARA MEREKA MENASIHATI SEBAHAGIAN YANG LAIN
SUPAYA MENTAATI KEBENARA N IAITU IMAN DAN MENASIHATI DENGAN KESABARAN IAITU DI DALAM MENJALANKAN AMAL KETAATAN DAN MENJAUHI MAKSIAT.
JADIKANLAH AL-QURAN ITU SEBAGAI PENAWAR HATI. ZIKRULLAH SEBAGAI PENGHIBUR HATI, SOLAT SEBAGAI PELINDUNG HATI, TAQWA SEBAGI BAJA DI DALAM HATI.
TUGAS HARIAN SEBAGAI IBADAT
GURU
harus menganggap tugas harian mereka sebagai ibadat yang wajib dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh untuk menghasilkan insan yang cemerlang. Jika amalan ibadat memerlukan khusyuk untuk ia diterima Oleh ALLAH , begitu juga tugas sebagai seorang guru yang perlu dilakukan dengan kesungguhan bagi menghasilkan kejayaan yang cemerlang.
GURU
tidak boleh menganggap tugas mereka sebagai satu tugas yang membebankan kerana ia boleh menganiayai orang lain terutama pelajar. Guru perlu mencontohi transisi wudhuk bagi melaksanakan tugas dengan cemelang sebagaimana ibadat akan menjadi tidak sah tanpa wudhuk yang tertib. Melakukan sesuatu tugas dengan cemerlang memang dituntut oleh semua agama termasuk Islam kerana ia mendorong ke arah mencapai kemajuan.
Langgan:
Catatan (Atom)