BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH : Orang yang bersalah akan berasa takut, sementara orang yang tidak bersalah akan bersedia menghadapi kenyataan
CARIK-CARIK BULU AYAM, LAMA-LAMA BERCANTUM JUGA : Berselisih sesama keluarga akhirnya akan berbaik kembali
DIMANA BUMI DIPIJAK, DISITU LANGIT DIJUNJUNG : Hendaklah kita menurut adat dan aturan ditempat yang kita diami
HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA :" Setiap manusia dikenang kerana jasa yang dilakukan semasa hidup"
JIKA KERBAU DIPEGANG TALINYA, JIKA MANUSIA DIPEGANG MULUTNYA : Janji mestilah ditepati
Selasa, 2 Februari 2010
PEPATAH
PERUMPAMAAN
BAGAI BERTEPUK SEBELAH TANGAN : Cinta kasih yang tidak berbalas
BAGAI BULAN DIPAGARI BINTANG: Kecantikan gadis yang tiada tolok bandingannya
BAGAI DIHIRIS DENGAN SEMBILU : Perasaan yang sangat pedih
BAGAI DURI DALAM DAGING: Sesuatu hal yang tidak menyenangkan
BAGAI ITIK PULANG PETANG : Berjalan lambat
BAGAI KUMBANG PUTUS TALI : Amat cepat
BAGAI MENATANG MINYAK YANG PENUH : Memelihara anak dengan penuh kasih sayang
BAGAI MURAI TERCABUT EKOR : Seseorang yang becok mulutnya
SEPERTI CINCIN DENGAN PERMATA : Jodoh yang sesuai
SEPERTI KERA MENDAPAT BUNGA: Seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain
SEPERTI PAHAT DENGAN PENUKUL : Saling membantu
SIMPULAN BAHASA
ADA AKAL: Mempunyai idea
ADA JALAN : Mempunyai cara untuk meneyelesaikan sesuatu
AJAK-AJAK AYAM : Tidak Bersungguh-sungguh unutk mempelawa
ANAK DAGANG : Orang yang merantau
ANGKAT KAKI : Melarikan diri, meninggalkan sesuatu tempat dengan segera
BAHASA ISTANA : Bhasa khas yang digunakan oleh golongan istana
BAHASA PASAR : Bhasa yang tidak betul struktur dan tatabahasanya
BERAT SEBELAH : Tidak adil
BERI MUKA : Terlalu memanjakan
BUAH TANGAN : Pemberian, oleh-oleh
CAMPUR TANGAN : Turut seta dalam urusan orang lain
CARI JALAN : Beriktiar untuk mengatasi sesuatu masalah
DALAM TANGAN : Sudah pasti akan diperoleh
DARAH DAGING : Anak kandung
DURIAN RUNTUH : Keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka
HARGA DIRI: Maruah atau kehormatan seseorang
HARGA MATI : Harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi
HIDUNG TINGGI : Sombong atau angkuh
IKAT PERUT : Mengurangkan makan kerana hidup susah
ISI HATI : Apa-apa yang terfikir
KERAS KEPALA: Tidak mahu mengalah
LANGKAH KANAN: Bernasib baik
LEPAS TANGAN : Tidak mahu bertanmggungjawab