ADA AKAL: Mempunyai idea
ADA JALAN : Mempunyai cara untuk meneyelesaikan sesuatu
AJAK-AJAK AYAM : Tidak Bersungguh-sungguh unutk mempelawa
ANAK DAGANG : Orang yang merantau
ANGKAT KAKI : Melarikan diri, meninggalkan sesuatu tempat dengan segera
BAHASA ISTANA : Bhasa khas yang digunakan oleh golongan istana
BAHASA PASAR : Bhasa yang tidak betul struktur dan tatabahasanya
BERAT SEBELAH : Tidak adil
BERI MUKA : Terlalu memanjakan
BUAH TANGAN : Pemberian, oleh-oleh
CAMPUR TANGAN : Turut seta dalam urusan orang lain
CARI JALAN : Beriktiar untuk mengatasi sesuatu masalah
DALAM TANGAN : Sudah pasti akan diperoleh
DARAH DAGING : Anak kandung
DURIAN RUNTUH : Keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka
HARGA DIRI: Maruah atau kehormatan seseorang
HARGA MATI : Harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi
HIDUNG TINGGI : Sombong atau angkuh
IKAT PERUT : Mengurangkan makan kerana hidup susah
ISI HATI : Apa-apa yang terfikir
KERAS KEPALA: Tidak mahu mengalah
LANGKAH KANAN: Bernasib baik
LEPAS TANGAN : Tidak mahu bertanmggungjawab
Tintaku...
9 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan