Hadis Anas r.a katanya : Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu berdoa maka hendaklah kamu berazam serta benar-benar memohon kepada Allah s.w.t dan janganlah berkata: Ya Allah jika Engkau kehendaki maka perkenanlah kepada aku kerana sesungguhnya ALLAH itu bukanlah kedekut
Rabu, 30 Disember 2009
HADIS
TAFSIR AYAT AL-ASHR
TUGAS HARIAN SEBAGAI IBADAT
Selasa, 29 Disember 2009
Hadis Anas Bin Malik r.a katanya : Rasulullah s.a.w bersabda : Tiga perkarayang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang kekal bersamanya di dalam kubur, perkara tersebut ialah, kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang manakala yang kekal bersamanya adalah amalannya.....
Ahad, 27 Disember 2009
INGATLAH WAHAI SAHABAT
HADIS
Hadis Abu Hurairah r.a katanya : Pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w berada bersama kaum muslimin datang seorang lelaki kemudian bertanya kepada baginda : wahai Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan Iman? Lalu baginda bersabda : Kamu hendaklah percaya iaitu beriman kepada Allah, para malaikat serta semua kitab yang diturunkan pada para rasul dan percaya pada hari kebangkitan. Lelaki itu bertanya lagi : Wahai Rasulullah apakah pula yang dimaksudkan dengan Islam? baginda bersabda: Islam ialah mengabadikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukanNYA dengn perkara lain, mendirikan solat yang telah difardhukan, mengeluarkan zakat yang diwajibkan, dan berpuasa pada bulan Ramadhan. Kemudian lelaki tersebut bertanya lagi : Wahai Rasululah apakah makna Ihsan? Rasulullah bersabda : Engkau hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihatNYA, sekiranya engkau tidak melihatNYA maka ketahuilah bahawa dia sentiasa memerhatikanmu.
Ahad, 6 Disember 2009
Khamis, 3 Disember 2009
IMAN MUTIARA
Salam ukhuwah I MALAYSIA
Assalamualaikum..W.B.T. Terima kasih kerana melayari Blog saya. Semoga anda dapat berkongsi idea dan cadangan yang mampu memberikan sesuatu yang bermanfaat untuk kita semua.