? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

SALAM PERKENALAN

SALAM PERKENALAN
Faridah Binti Sadek, Sekolah Rendah Agama Bersepadu Daerah Pontian, Jalan Kampung Lama, 82200 Benut, Pontian, Johor. No Tel : 07-6909292

Isnin, 8 Februari 2010

Rabu, 3 Februari 2010




BINA 5 AYAT YANG LENGKAP BERDASARKAN GAMBAR DI BAWAH

PANDUAN MEMBINA ULASAN ATAU NILAI MURNI

LANGKAH PERTAMA
1) Baca dan fahami kehendak soalan.
2) Garisi kata kunci soalan.


LANGKAH KEDUA
1) Baca petikan secara luncuran terlebih dahulu.
2) Fahami keseluruhan petikan dan arahan soalan dengan teliti.
3) Patikan sama ada arahan soalan itu meminta kamu membina ulasan tentang pengajaran , nilai, faedah,kesan,amalan baik, atau nilai murni yang kamu perolehi daripada petikan.

LANGKAH KETIGA
1) Garisi dan catat isi yang berkaitan dengan kehendak soalan.
2) Gunakan ayat kamu sendiri.

LANGKAH KEEMPAT
1) Bina ulasan yang lengkap.
2) Gunakan penanda wacana yang sesuai.
3) Ulasan yang patut kamu bina itu hendaklah dalam bentuk satu perenggan yang panjangnya tidak lebih dari 50 patah perkataan.

PANDUAN MENULIS KARANGAN

LANGKAH PERTAMA

PILIH SOALAN YANG TEPAT

1) Fahami kehendak soalan
2) Pilih soalan yang dapat kamu kembangkan menjadi karangan isi yang cukup
3) Pilih soalan yang kamu pasti bentuk dan format karangannya

LANGKAH KEDUA

1) Cari kunci soalan dan garisi kunci soalan itu. Contohnya...........Tulis ucapan, ceritakan,Tulis syarahan dan sebagainya


LANGKAH KETIGA

1) Buat rangka karangan yang ringkas
Rangka karangan terdiri daripada pendahuluan, isi penting, dan penutup

LANGKAH KEEMPAT

Mengarang Secara Berkesan
1) Karangan terdiri daripada

a) Perenggan pendahuluan
-Gambaran umum tentang soalan

b) Perenggan isi
- Tiga atau empat isi penting

c) Perenggan penutup
- Kesimpulan tentang isi karangan

LANGKAH KELIMA

1) Betulkan ejaan,tanda baca,dan struktur ayat yang salah
2) Pastikan pemilihan kata dan gaya bahasanya sesuai
3) Pastikan panjang pendek karangan menepati arahan soalan





SELAMAT MENCUBA MENCIPTA SEBUAH KARANGAN YANG MENARIK DAN TEPAT

Selasa, 2 Februari 2010

PEPATAH

BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH : Orang yang bersalah akan berasa takut, sementara orang yang tidak bersalah akan bersedia menghadapi kenyataan

CARIK-CARIK BULU AYAM, LAMA-LAMA BERCANTUM JUGA : Berselisih sesama keluarga akhirnya akan berbaik kembali

DIMANA BUMI DIPIJAK, DISITU LANGIT DIJUNJUNG : Hendaklah kita menurut adat dan aturan ditempat yang kita diami

HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA :" Setiap manusia dikenang kerana jasa yang dilakukan semasa hidup"

JIKA KERBAU DIPEGANG TALINYA, JIKA MANUSIA DIPEGANG MULUTNYA : Janji mestilah ditepati

PERUMPAMAAN

BAGAI BERTEPUK SEBELAH TANGAN : Cinta kasih yang tidak berbalas

BAGAI BULAN DIPAGARI BINTANG: Kecantikan gadis yang tiada tolok bandingannya

BAGAI DIHIRIS DENGAN SEMBILU : Perasaan yang sangat pedih

BAGAI DURI DALAM DAGING: Sesuatu hal yang tidak menyenangkan

BAGAI ITIK PULANG PETANG : Berjalan lambat

BAGAI KUMBANG PUTUS TALI : Amat cepat

BAGAI MENATANG MINYAK YANG PENUH : Memelihara anak dengan penuh kasih sayang

BAGAI MURAI TERCABUT EKOR : Seseorang yang becok mulutnya

SEPERTI CINCIN DENGAN PERMATA : Jodoh yang sesuai

SEPERTI KERA MENDAPAT BUNGA: Seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain

SEPERTI PAHAT DENGAN PENUKUL : Saling membantu

SIMPULAN BAHASA

ADA AKAL: Mempunyai idea

ADA JALAN : Mempunyai cara untuk meneyelesaikan sesuatu

AJAK-AJAK AYAM : Tidak Bersungguh-sungguh unutk mempelawa

ANAK DAGANG : Orang yang merantau

ANGKAT KAKI : Melarikan diri, meninggalkan sesuatu tempat dengan segera

BAHASA ISTANA : Bhasa khas yang digunakan oleh golongan istana

BAHASA PASAR : Bhasa yang tidak betul struktur dan tatabahasanya

BERAT SEBELAH : Tidak adil

BERI MUKA : Terlalu memanjakan

BUAH TANGAN : Pemberian, oleh-oleh

CAMPUR TANGAN : Turut seta dalam urusan orang lain

CARI JALAN : Beriktiar untuk mengatasi sesuatu masalah

DALAM TANGAN : Sudah pasti akan diperoleh

DARAH DAGING : Anak kandung

DURIAN RUNTUH : Keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka

HARGA DIRI: Maruah atau kehormatan seseorang

HARGA MATI : Harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi

HIDUNG TINGGI : Sombong atau angkuh

IKAT PERUT : Mengurangkan makan kerana hidup susah

ISI HATI : Apa-apa yang terfikir

KERAS KEPALA: Tidak mahu mengalah

LANGKAH KANAN: Bernasib baik

LEPAS TANGAN : Tidak mahu bertanmggungjawab