? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

SALAM PERKENALAN

SALAM PERKENALAN
Faridah Binti Sadek, Sekolah Rendah Agama Bersepadu Daerah Pontian, Jalan Kampung Lama, 82200 Benut, Pontian, Johor. No Tel : 07-6909292

Selasa, 26 Januari 2010

KATA PEMERI

Merupakan unsur yang menjadi pemeri hal atau penghubung antara subjek dengan frasa utama dalam predikat. Pemerihalan ini dapat dilakukan melaui dua cara iaitu denmgan menggunakan kata pemeri. Terdapat dua kata pemeri sahaja iaitu ialah dan adalah

KATA BANTU
Merupakan kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa dan ragam.

Kata bantu aspek.Kata bantu aspek menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa Contohnya: sudah,belum,akan,sedang,masih,pernah.

Kata bantu ragam menerangkan sesuatu perbuatan sama ada mesti atau mungkin untuk pelakunya melakukannya Contohnya : harus,hendak,mahu,boleh

KATA ARAH

Merupakan perkataan yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu arah. Contohnya : bawah, atas, tepi, kanan, kiri dan sebagainya

KATA HUBUNG

Merupakan perkataan yang digunakan untuk menggabungkan kata, frasa, atau ayat bagi membentuk ayat majmuk

Terbahagi kepada dua iaitu :

Kata hubung gabungan seperti dan, lalu,sambil,maka,lantas,atau,sementara,kecuali,tetapi.

Kata hubung pancangan seperti bahawa,apabila supaya,selama,hingga, jika, kerana,selagi,meskipun, sebelum, sekiranya,selama,sementara.

KATA ADJEKTIF

Merupakan kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatru kata nama atau benda. Kata adjektif dapat berdiri sebagai frasa adjektif untuk memenuhi tugas sebagai predikat dalam binaan sesuatu ayat. Terdapat beberapa jenis kata adjektif

1) Keadaan Contohnya : Gagah, berani, jahat,pintar

2) Warna Contohnya: Hitam, putih, gelap

3) Cara Contohnya: Deras, cepat, laju

4) Ukuran Contohnya : Panjang, bulat, leper

5) Waktu Contohnya: Segera, awal, lama, baharu

6) Jarak Contohnya: jauh, dekat

7) Perasaan Contohnya: sedih, gembira, benci

8) Pancaindera Contohnya: Masin,harum, busuk

KATA KERJA TRANSITIF
Merupakan kata kerja yang memrlukan objek untuk membentuk frasa kerja yang dapat bertugas sebagai predikat di dalam ayat. Objek yang hadir selepas kata kerja transitif mestilah terdiri daripada kata nama.

KATA KERJA TAK TRANSITIF
Merupakan kata kerja yang dapat berdiri sendiri
Contohnya:
Ibu sedang tidur