KATA BILANGAN digunakan untuk menghitung atau mengira sesuatu. Kata bilngan dapat dikumpulkan kepada enam jenis iaitu
1)Kata bilangan tentu. Contohnya:satu,lima,sepuluh dan lain-lain
2)Kata bilangan tak tentu Contohnya : beberapa, semua,segala,banyak,para
3)Kata bilangan pecahan Contohnya: setengah,separuh,dua pertiga,
4)Kata bilangan pisahan Contohnya: setiap, masing-masing
5)Kata bilangan himpunan Contohnya: kedua-dua, berpuluh-puluh, beribu-ribu
6)Kata bilangan tingkat Contohnya: pertama,kedua,ke-2,ke-3
Selasa, 26 Januari 2010
KATA GANTI NAMA
KATA GANTI NAMA PERTAMA merupakan kata ganti yang diggunakan untuk menggantikan nama manusia sahaja. Kata ganti nama ini membawa makssud tunggal dan jamak
Tunggal: saya, aku,patik, hamba ,beta ,daku
Jamak: kami, kita
KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA digunakan untuk merujuk kepada orang yang sedang dilawan bercakap. Kata ganti diri kedua ini terdiri daripada tunggal dan jamak
Tunggal: anda, awak,kamu,engkau,tuanku,tuan hamba, dikau
Jamak: Kalian
KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA digunakan untuk menggantikan diri orang yang dicakapkan tentangnya dan biasanya orang yang dicakapkan itu tidak berada di tempat itu. Kata ganti ini terdiri daripada bentuk tunggal dan jamak
Tunggal: dia,ia,beliau,baginda
Jamak: mereka
SISTEM BAHASA DALAM BAHASA MELAYU
KATA NAMA TERBAHAGI KEPADA TIGA IAITU :
1) KATA NAMA AM IAITU perkataan yang merujuk kepada benda-benda atau perkara -perkara yang bersifat umum dan lazimnya untuk menamakan
manusia seperti guru,ibu,kakak,polis,askar dan sebagainya
binatang seperti kucing, gajah, tikus,kambing dan sebagainya
benda seperti jam,kereta,telefon dan sebaginya
tumbuh-tumbuhan seperti padi, serai,rumput,pandan dan sebagainya
2)KATA NAMA KHAS IAITU merupakan perkataan yang merujuk secara khusus bagi sesuatu perkara. Kata nama khas ditulis dengan menggunakan huruf besar pada pangkalnya
3)KATA NAMA TERBITAN IAITU merupakan suatu perkataan yang terbit daripada kata dasar akibat proses pengimbuhan dan membawa suatu maksud yang baru. Proses pengimbuhan ini boleh terdiri daripada awalan, akhiran mahupun apitan. Contohnya:
AWALAN : ketua,kehendak,kekasih,pemanis dan sebagainya
AKHIRAN: makanan, lautan,mainan,minuman,jawapan,latihan dan sebagainya
APITAN : kejayaan, kedudukan,persekitaran,pemberian,kesusahan dan sebagainya









