? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

SALAM PERKENALAN

SALAM PERKENALAN
Faridah Binti Sadek, Sekolah Rendah Agama Bersepadu Daerah Pontian, Jalan Kampung Lama, 82200 Benut, Pontian, Johor. No Tel : 07-6909292

Isnin, 1 Februari 2010

TEKNIK PENULISAN KARANGAN

KARANGAN SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

1)Surat kiriman tidak rasmi ialah surat tidak formal iaitu surat peribadi.
2) Surat tidak rasmi diungkapkan antara seorang individu dengan individu yang secara mesra dan dalam hubungan kekeluargaan. Contohnya yang terbabit di sini ialah sahabat handai, saudara mara, sahabat pena,guru,ibu bapa, penjaga dan sebaginya.
3) Surat tidak rasmi ini termasuklah surtat perkhabaran dan penceritaan, surat tahniah,kad jemputanatau undangan, kad ucapan dan sebagainya
4) Bahasa yang digunakan hendaklah mematuhi hukum tatabahasa, bukannya bahasa pasar dahn loghat daerah
5) Kemesraan surat ini ditandai dengan panggilan beradat seperti ibunda atau bonda (ibu), kakanda atau kanda (abang atau kakak) nenda(nenek) atau datuk dan cucunda

FORMAT SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

A) Alamat penghirim dituluis lengkap pada sudut sebelah kanan surat
B) Tarikh ditulis pada bawah alamat pengirim dan diberi tanda noktah pada penghujungnya
c) pembuka kata dianjakkan ke dalam sedikit selepas langkau satu atau dua baeris daripada tarikh
d) Kata ganti diri penerima ditulis pada sebelah kiri tepi surat
e) Perenggan isi di tulis sejajar dengan pembuka kata
f) Penutup surat disejajarkan dengan pembuka kata dan perenggan isi
Pengakauan pengirim ditulis pada sebelah kanan suart langkah dua atau tiga baris selepas penutup. Huruf pertama bagi kata pertama ditulis dengan huruf besar dan diakhiri dengan tanda noktah atau titik
h) Tandatangan penulis ditulis pada bawah pengakuan pengirim
I) Nama apengirim ditulis selepas tandatangan

0 ulasan: