? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

SALAM PERKENALAN

SALAM PERKENALAN
Faridah Binti Sadek, Sekolah Rendah Agama Bersepadu Daerah Pontian, Jalan Kampung Lama, 82200 Benut, Pontian, Johor. No Tel : 07-6909292

Isnin, 1 Februari 2010

SURAT KIRIMAN RASMI

Karangan jenis surat kiriman rasmi adalah karangan yang berformat. Oleh itu bahasa yang digunakan mesti menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul.

FORMAT SURAT KIRIMAN RASMI ADALAH SEPERTI BERIKUT
A) Alamat pengirim ditulis pada sudut sebelah kiri
b) Garisan panjang melintang dibuat langkau sebaris daripada alamat pengirim
c) Nama, alamat pengirim ditulis selepas garisan panjang melintang, pada sudut sebelah kiri. Baris akhir perlu digarisi
d) Tarikh ditulis pada sebelah kanan surat, sebaris dengan baris akhir alamat penerima. Bulan perlu ditulis dengan huruf besar dan diakhiri dengan tanda noktah
e) Panggilan hormat penerima ditulis pada bawah alamat penerima selepas langkau sebaris
f) Perkara ditulis pada bawah panggilan hormat penerima selepas langkau sebaris. Gunakan huruf besar untuk setiap awal kata kecuali kata sendi, kata hubung, dan kata sandang.
g)Perenggan pendahuluan dan perenggan penutup ditulis dari tepi surat dan tidak perlu bernombor.
h) Setiap perenggan isi perlu bernombor, bertanda noktah dan permulaan ayat dianjakkan ke dalam sedikit.
i) Pengakuan pengirim ditulis pada sebelah kiri surat selepas langkau sebaris. Huruf pertama bagi perkataan yang pertama hendaklah huruf besar dan diakhiri dengan tanda koma.
j) Tandatangan pengirim ditulis pada sudut kiri surat selepas pengakuan pengirim
k) Nama pengirim ditulis dengan huruf besar pada dalam kurungan beserta jawatan






LAPORAN

1) Karangan jenis laporan ialah karangan yang melaporkan sesuatu perkara atau peristiwa
2) Karangan jenis laporan hendaklah ditulis mengikut format tertentu yang merangkumi tajuk-tajuk khusus seperti tajuk laporan, kandungan laporan, pengakuan pelajar yang menulis laporan, tarikh laporan ditulis, tandatangan, nama, dan jawatan pelapor dan nama persatuan yang diwakili
3) Tajuk laporan hendaklah ditulis dengan huruf besar bagi awal kata kecuali kata sendi, kata hubung dan kata sandang dan hendaklah tajuk tersebut digarisi.
4) Kandungan laporan mengandungi pengenalan, isi-isi laporan dan penutupan.
5) Pengakuan pelapor ditulis pada sebelah kiri laporan selepas perenggan akhir dengan melangkau dua atau tiga baris dan diakhiri dengan tanda koma.Huruf pertama bagi setiap kata pertama mestilah ditulis dengan huruf besar
6) Tarikh laporan ditulis pada sebelah kanan,setentang dengan pengakuan pelapor
7) Tandatangan pelapor ditulis pada sudut kiri selepas pengakuan pelapor
8) Nama pelapor ditulis huruf besar sepenuhnya di dalam kurungan selepas tandatangan
9) Jawatan pelapor dan nama persatuan yang diwakili ditulis pada sudut kiri bahagian bawah laporan dan diakhiri dengan tanda noktah





SYARAHAN
1) Karangan jenis syarahan juga berbentuk percakapan atau pertuturan secara formal dan tersusun, diucapkan di hadapan khalayak umum.
2)Pendahuluan karangan hendaklah di dahului dengan kata-kata sambutan mengikut protokol. Contohnya, Yang Mulia Pengerusi Majlis, Tuan Pengetua, guru-guru dan pelajar sekalian. Sekiranya bertujuan untuk pertandingan hendaklah menggunakan kata-kata aluan Barisan hakim yang arif lagi bijaksana serta menegakkan keadilan
3) Selitkan unsur-unsur sapaan sebelum menyampaikan setiap isi seperti : hadirin yang saya muliakan , hadirin yang dihormati sekalian, tuan-tuan,puan-puan sekalian dan sebagainya.
4)Sebelum mengakhiri syarahan, anda perlulah mengulangi penegasan fakta tentang isu yang dikemukakan sebagai kesimpulan supaya khalayak dapat mengimbas butir-butir yang anda kemukakan
5)Di akhir ialah kata penghargaan kepada hadirin kerana memberi perhatian kepada syarahan anda





CATATAN
1) Karangan ini berbeza kerana mempunyai format yang tersendiri
2) Karangan jenis ini mencatat peristiwa yang berlaku pada rentetan waktu yang tertentu
3) Rakaman peristiwa itu boleh berlaku pada kita sendiri, orang lain turutan peristiwa dan upacara tertentu
4) Karangan jenis ini dapat dicatat berdasarkan harian ataupun yang bukan bersifat harian tetapi selang beberapa hari, mingguan, bulanan
5) Format karangan ini dimulai dengan pernyataan tertentu seperti catatan harian, upacara majlis perasmian dan sebagainya.
6) Catatan hendaklah ditulis berdasarkan turutan waktu dalam bentuk yang menarik
7) Tulisan hendaklah ringkas dan tepat



BIOGRAFI DAN BIOGRAFI
1) AUTOBIOGARFI bererti riwayat hidup seseorang ataupun sesuatu benda yang ditulis
2) Untuk mereka sebuah kehidupan sesuatu benda anda perlu membayangkan diri anda adalah benda yang anda ingin ceritakan. Contohnya kehidupan sebatang pen. Daripada dia diproses dari kayu, dihantar kekedai, dibeli oleh orang lain dan sehinggalah riwayatnya tamat.
4) Isi-isi karangan hendaklah mengandungi nilai-nilai murni
5) Penggunaan bahasa hendaklah kreatif untuk melahirkan kesan keindahan karangan

0 ulasan: