? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

SALAM PERKENALAN

SALAM PERKENALAN
Faridah Binti Sadek, Sekolah Rendah Agama Bersepadu Daerah Pontian, Jalan Kampung Lama, 82200 Benut, Pontian, Johor. No Tel : 07-6909292

Ahad, 14 Februari 2010

GAYA BAHASA YANG TERDAPAT DI DALAM BAHASA MELAYU

Konsep Gaya Bahasa

Keris Mas (1988)= cara atau ragam bahasa yang
digunakan, khususnya dalam tulisan atau karangan
Nik Safiah ( 1988) menyatakan bahawa gaya bahasa
bermaksud cara mengungkapkan bahasa, iaitu cara bertutur dan menulis

Gaya bahasa dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti penguasaan kosa kata, kepekaan terhadap nada-nada yang ada pada bahasa serta di dalam struktur dan keseimbangan ayat-ayat yang dihasilkan.

Cntohnya :
Sebuah karya yang dihasilkan mengandungi banyak unsur bahasa perlambangan akan menghasilkan gaya yang berbunga-bunga.
Di dalam sebuah laporan pula ia melakukan satu penyelidikan saintifik yang jelas, terus terang, penuh dengan fakta dan memiliki bentuk gaya bahasa yang tersendiri.

Kesimpulannya :
Walau apa pun gaya yang digunakan, hasilnya akan terpancar di dalam perkataan yang dipilih.,ayat yang dibina, dan perenggan-perenggan yang dihasilkan. Kesemua ini ditentukan oleh susunan perkataan, tanda bacaan atau pada jenis ragam ayat yang digunakan

Gaya bahasa terbahagi kepada dua iaitu ;

Bahasa lisan
Tulisan ( prosa dan puisi )

Gaya lisan
Gaya bahasa yang digunakan untuk bercakap.
Za’ ba (1965) membahagikan gaya lisan itu kepada gaya mulut, gaya yang digunaka oleh orang melayu apabila bercakap dengan orang melayu dan bahasa pasar, apabila orang melayu bercakap dengna orang yang bukan melayu seperti India, dan Cina.
Ciri-ciri utama cakap mulut ialah susunan ayatnya mudah, ayat-ayat ringkas, perkataan terpotong-potong dan kadang-kadang perkataan yang digunakan tidak terdapat dalam bahasa tulisa

Contoh :
Gaya cakap mulut
“ Adik! Mama tak suka macam tu....... tak baik lokek
“Ma, kata cikgu Angah kan, orang lokek Tuhan tak suka.”
Contoh:
Bahasa pasar
“Dulu bulan encik belum kasi,ini bulan juga belum.Sekarang bulan madu habis, apa macam?”

Gaya tulisan
Cara bahasa yang digunakan dalam karangan, dan penulisan.
Nik Safiah Karim (1988), gaya tulisan memperlihatkan ciri-ciri kesempurnaan yang memntingkan usur-unsur morfologi dan sintaksis

Contoh :
Rencana
Ilmiah
Berita


Bahasa kiasan

Za’ba =bahasa yang menyatakan sesuatu perkara yang mengkiaskannya kepada perkara lain, sama ada dengan menyebut atau tidak bandingan diantaranya.Bahasa ini juga merupakan ungkapan pengucapan yang halus dan dapat meningkatkan imej seseorang apabila menggunakannya.

Jenis bahasa kiasan

Kiasan asal= kiasan yangmenyebut bandingan secara terang-ternagan
Contoh :
Matanya bersinar seperti bintag timur

Kiasan berpindah = kiasan yang tidak menyebut bandinagn, sebaliknya memindahkan perkara yang dimaksudkan kepada bandingan sahaja.

Contoh jenis kiasan berpindah
Kiasan bersandar : mandi kerbau ,
Kiasan terus: ayam tambatan
Kiasan berangkap:sebab mult santan binasa
Sebab mulut badan binasa
Kiasan berbunga: selimut kemalasan
Kiasan pemanis: buang air besar
Kiasan melompat: mata pena lebih tajam daripada mata pedang
Kiasan melarat: mangarang bunga







Ragam Bahasa

Ragam bahasa yang boleh kita gunakan untuk menyampaikan sesuatu hasrat dalam pelbagai situasi. Penggunaan sesuatu ragam bahsa adalah mengikut konteks dan bersesuiann pula dengan orang yang terlibat dalam interaksi tersebut. Hal ini bermakan sesutau perbincangna bukan sahaj diinterprestasikan menurut apa-pap yang tersurat bahkan yang tersirat.
Di smping bahasa yang digunakan, nada atau intonasi suara, turun naik suara, dan pengulangan kata-kata tertentu juga memainkan peranan penting. Unsur-unsur ini hadir kerana bahasa mempunyai banyak ragam dan neka ragam inilah yang membezakan pertuturan setiap penutur

Jenis-jenis Ragam bahasa

Bahasa pembenar

Ilah mengiyakan atau mengesahkan sesutau keternagn atau kenyataan. Ini bermakana kata pembenra ialah kata yang digunakan untuk mengesahkan sesuatu pernyataan.Contoh kata pembenar ialah ya, benar dan betul. Ayat yang boleh dibina berdasarkan kata-kata tersebut adalah berbentuk ayat penyata.

Kata pembenar juga digunakan untuk menjawab atau menegsahkan sesutau kenyataan dalam ayat tertutup.Kta pembenra juga digunakan dalam ayat seruan

Contoh:
“Ya, itulah yang saya mahu.”

Bhasa nafi
Menafikan sesutau bererti menolak , menidakkan , tidak mengakui dan menyangkal. Dalam bahasa melayu, perkataan yang menandai penapian ialah seperti tidak bukan, belum tentu, tidak mungkin, belum diketahui dan sebagainya

Contoh :
“ Bukan senang hidup dirantau orang.”


Bahasa Templak

Rganm bahsa yang menggunakan kata-kata cela yang keras dan pedas dengan tujuan untuk membangkitkan keburukan atau kesalahan yang sudah-sudah oleh orang tertentu

Za’ba menyifatkan bahasa tempelak sebagai hendak memulangkan paku buah keras atau membalikkan cakap kepada orang yang tidak mendengar nasihat setelah berlaku sesuatu perkara yang tidak diingiani akibat tidak mendengar nasihat yang diberikan pada awal-awalnya lagi.

Bhasa tempelak ini berlaku kerana sikap sesetengah orang yng pda mulanya tidak kuasa untuk bertengkar bersikap merendah diri dan suka menyimapan sesutau perasaan dalam diri sendiri.

Contoh :
“waktu kau mewah dulu, kau tidak beringat untuk menyimapan duit. Sekarang apa dah jadi ? Duit simpanann tidak ada, apa yang hendak kau makan ?”


Bahasa Sindiran

Sindiran ialah perkataan yang digunakan untuk menagatai, mengeji, mengejek dan mencela seseorang tetapi tidak dengan terus terang. Bhasa yang digunakan tidak disebut dengan tepat , hanya disinggung atau dikias-kiaskan kepada perkara yang lain kerana tidak mahu disebut secara terus terang.Orang yang disindir akan terasa sekiranya ia faham akan maksud sindirana tersebut
Semua belaku secara tidak terus terang dan engan tujuan tidak mahu melukakan hati orang lain secara langsung. Dengan menggunakan susunan kata yang teratur dan bahasa yang beragam, sindiran dapat berperanan dalam menyedarkan orang yang disindir

Contoh :
‘ sipaa makan cili dialah terasa pedasnya.”

Bahasa menggiat
Za’ba mengtakrifkan bahasa menggiat sebagai ragm yang tidak tepat, seakan-akan sindiran juga tetapi tidak berkias. Maksud kata-kata yang diucapakn itu sekadar mengusik, kadang-kadang untuk bersenda sahaja dan adakalanya bersungguh-sungguh betul sehingga boleh menerbitkan perasaa malu orang yang kena giat

Contoh:
‘Amboi, besarnya hati teman kita ni, nak jadi pensyarah konon!’


Bahasa mengejek
Bahasa yang digunakan untuk berkata kepada seseorang atau kumpulan orang menggunakan perkataan yang tepat. Gaya bahasa yang digunakan menunjukkna keburukannya serta mempermainkannya dengan tujuan menampakkan kebodohan orang tersebut. Atau mensiakan-siakan hasratnya supaya ditertawakan oleh orang lain. Biasanya orang yang ditujukan kata-kata itu akan berasa marah atau sakit hati kepada orang yang mengejeknya

Contoh :
‘ Cakap sahaja hendak tolong orang miskin, tetpi yang dapat bantuan, pinjaman, malahan biasiswa dan dihantar belajara keluar negeriu ialah anak-anak orang berada.”

Bhasa terbalik

Ungkapan yang berlawanan daripada maksudnya tetapi orang yang masih dapat difahami.
Contohnya:
‘ ha buat apa kamu balik? Elok tidur sahaj dipadang itu. Jangan balik-balik lagi kerumah .”


Bahsa herdik

Ragam bahasa yang digunakan untuk memakihamun atau untuk menengkig seseorang terutamanya orang yang tidak disukai. Intonasi atau nada suara yang digunakan adalah tinggi dan keras. Perasaan marah yang dimaksudkan digambarkan melalui perkataan yang dituturkan selain gambaran melauli perbuatan mimik muka dan tingkah lakuk yang ditujukan kepada seseorang kerana perbuatan dan perilaku yang kurang disenangi

Za’ba (1965)

Menagtakan bahawa bahasa herdik seakan-akan bahasa tempelak juga tetapi tujuannya adalah untuk menytakan kesalahan pada masa itu, bukannya pada masa silam. Bahasa herdik merupakan kecaman ataiu gamabaran rasa marah dengan tidak berselindung atau secara erbuka kerana orang yang dilawan bercakap itu melakukan kesalahan. Bahasa ini dilafazkan seakan-seakan mengejek dan berharap orang yang mendengar faham akan maksudnya

Contoh :iada kerja, melalak pula

“ lebih baik awak keluar dari rumah ini. Sudahlah t iada kerja, melalak pula tu. Memekak sahaja....”

Bahasa melampau atau kasar

Ragam bahasa melampau ialah bahas ayang digunakan oleh seseorang secara brlebih-lebihan. Contohnya kalau kiat memarahi seseorang, tidak cukup dengan kita mengherdik, menyindir atau menempelak, tetapi juga memaki hamun atau mengada-ngadakan sesutua sematmata untuk menjatuhkan maruah atu memalukan orang itu. Tindakan yang berleih-lebihan itu disebut sebagai melampau

Contoh:
“ Dia itu dahlah badan macam gajah, otak macam lembu, pemalas pulak tu.’

Bahasa ingkar
Bahasa yang ingkar ialah bahasa yang disusun secara pertanyaan tetapi bukannya pertanyaan yang meminta dijawab oleh pendengar. Pertanyaan itu seolaholah mengejek kerana hendak menguatkan benarnya menguatkan benarnya jawapan jawapan yang sudah diketahui atau tyang maksudnya sudah tentu.

Contoh
“ Hendak membiarkan pihak kilang itu mencemarkan alam sekitar? Sampai bilakah kita hendak melihat kampung halaman kita dicemari.”

Bahasa naik

Menurut Za’ba (1965 )
Bahasa aik ialah satu ragam bahasa yang bertujuan membawa emosi pembaca secara beransur-ansur dari persoalan yang kendur kepada persoalan yang lebih tegang

Dengan menggunakan bahasa naik seseorang penutur atau penulis tidak terus mengungkapkan tujuan yang sebenar.
Perbicaraan akan dimulai dengan persoalan yang berkaitan. Namun persoalan tersebut tidak gamabatran kepada persoalan yang seterusnya dan sedikit demi sedikit akan menjelaskan maksud sebenar

Contoh :

‘Sudahlah seklah kerajaan sediakan, gaji guru-guru pun kerajaan yang membayarnya, buku-buku sekolah pun kerajaan yang sediakan, bukan itu sahaja, baju dan kasut pun kerajaan sediakan.’


Bhasa turun

Bahasa yang menggambarkan satu permulaan yang penuh ketegangan atu klimaks, dan kemudiannya mulai turun sedikit demi sedikit dan akhirnay kembali kepada keadaan yang normal. Pada hari ini bahasa turun masih digunakan bukan sahaja sebagai alat hiburan, sindiran, dan komunikasi lisan, tetapi juga digunakan meluas dalam bidang penulisan kreatif

Contoh :

Malang benar nasibnya, mula-mula rumahnya dianda banjir, barang-barang yang ada dicuri orang pula, kemudian orang gajinya pula melariakn diri, akhir sekali kucing kesayangnya dilanggar kereta.

Bahasa besar
Bahasa besar atau melampau berlaku apabila seseorang sengaja memperbesarkan keterangan tentang sesutau perkara. Ebolehan atau fizikal sesorang. Ragama bahasa begini banyak terdapat dalam hikayat-hikayat melayu lama seperti cerita-cerita penglipu laraContohnya ketika mengisahkan perwatakan seseorang puteri pengisahnya amat menakjubkan seperti pipinya pauh dilayang dan bibirnya elima merkah.Gya bahasa yang digunalan untuk menunjukkan seorang gadis kayangan yang tidak terperi cantiknya

Dalm laras bahasa iklan juga menguunakan bahasa besra untuk menunjuknna kehebatan dan ketinggian mutu barangan dan perkhidmatanyya yang hendak ditawarkan kepada pengguan
Cononhnya:
Ratap tangisnya boleh meruntuhkan langit

Bahasa kecil
Bahadsa yang menyifatkan satu perkara kecil dengan tujuan untuk merendahkan diri. Dalam masyarkat melayu bahasa kecil banyak digunakan dalam kehidupan seharian.Penggunaan bahasa kecil ni menggambarkan bagaimana anggota dalam masyarakat melayu menjaga hubungna sesaman sendiri apabila saling berkomunikasi. Ini dapat digambarakan keharmonian anggota masyarakat dan penghormatan dalam sesenuah komuniti

Contoh

Teriamlah hadiah yang tidak seberapa ini

Peribahasa
Za’ba mentakrifkan peribahasa sebagai susunan cakap yang pendek, yang telah lekat di mulut orang ramai sejak zaman-berzaman.
Susunan bahasa yang indah dan mearik diturtutkab oleh orang melayu terutama sejak bebrapa lama dahulu. Peribahasa lahir daripada rasa dan pengalaman hidup yang ditempuh ileh masyrakat melayu lama.Peribahsa juga melambnagkan perwatkan sesuatu masyrakat
Peribahasa mengandungi nasihat dan menjadi teadan pengajaran dan perbandingan kepada masyrakat dalam meneruskan kehidupan harian mer ka
Peribahasa dikatakan berasal daripada pertuturan cerdik pandai hasil renungan mereka terhadap sesuartu kejadian.

Simpulan bahasa
Perkataan atau kelompok kata yang tertentu uuntk menunjukaan sesuatu maksud yang berlainan daripada erti yang sebenar. Kamus Dewan mentakrifkan simpulan bahasa adalah rangkaian perkatan yang mempunyai maksud yang tersirat di sebalik yang tersurat

Contoh “
Ringan tulang
Tangkai jering

Perumpaman
Perataan yang digunakan untuk membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain dengan menggunakna perkataan seperti, umpama, laksana, macam dn bagai

Conoh :
Seperti bangau kasihkan kerbau
Umpama cincin dengan permata

Pepatah

Za’ba (1965)
Peptah ialah perkataan yang pendek-pendek dan terkerat-kerat susunannya, ungkapan bahasa yang padat dan ringkas
Kata-kata tersebut memberi pengajaran dan nasihat.
Ada juga orang menyamakan pepatah dengan bidalan atau perumpamaan. Walaupun begiti za’ba menyatakan perbezaan . Pepatah lebih memberatkan tentang sifat ringkasya, bijak perkataanya dan benar pengajarannya

Contoh ;
Naka kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur-urai


Bidalan
Di dalam Bahasa Melayu (2002) Penerbit Fajar Bakti mengatakan bahawa bidalan ialah sejenis peribahasa yang maknanya selapis sahaja, iaitu apa yang dikatakan itulah yang dimaksudkan.
Bidalan ialah kalimat-kaima singkat yang mengandungi sesuatu yang membayangkan sindiran dan kiasan daripada hasil ciptaan masyarakat melayu. Bidalan menjadi sebutan orang sebagai perbandinagn, teladan dn pengajaran

Contoh:
Biar lambat asalkan selamat

Perbilangan
Menurut Za;ba perbilangan ini seakan-akan bidalan dan pepatah, hanya berbeza sedikit dari segi bentuk susunanya.
Ikatan puisi yang menyatakan adat lembaga khususnya masyarakat yang mengamalkan adat pepatih terutamanya di Negeri Sembilan. Dalam adat pepatih peribahasa ini disebut sebagai perbilangan kerana cara menyebutkan puisi itu seolah-olah seperti membilang. Perbilangna merupakan peraturan atau perundangan hidup pemakainya atau masyarakatnya

Contoh ;
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat

Lidah pendeta
Dicirikan oleh ayat yang mengandungi unsur hemah atau kebijaksanaan. Maknanya mudah difahami, tetapi jika direnung maknanay lebih luas lagi. Menurut Za’ba (1965) lidah pendeta tidak terkenal dan terpakai oleh orang ramai. Lazimnya lidah pendeta dipetik daripada buku dan sastera atau daripada percakapan orang yang bijak-bijak

Contoh “
Tidak ada kursus kilat untuk menjadikan seseorang itu waras serta cerdik sekelip mata
(Hussein Onn, Seribu Satu Malam )


Tamsil

Misalan yang dalamnya terkandung pengajaran tentang sesuatu perkara. Dalam kesusasteraan tamsil bermaksud misalan berkias, pepatah, bidalan atau pengumpamaan dan ibarat yang memberikan teladan, pengajaran dan asebagainya. Tamsil juga merupakan sejenis kiasan yang membuat perbandingan dengan terang sama ada dalam bentuk yang ringkas atau panjang. Biasanya tamsil mengandungi pengajaran dan teladan yang dapat menjadi oanduan padapendengar atau pembacanya

Contoh :
Jangan ikut resmi ayam,
Bertelur sebiji riuh sekampung


Ibarat

Mempunyai makna berlapis dan sering digunakan untuk menyndir. Biasanya perkataan ibarat itu sendiri digunakan sama ada pada awal atau pun pada tengah ungkapannya

Contoh ;
Ibarat bunga, sedap dipakai, layu dibuang.
Ibarat ungguk rindukan bulan










Ayat majmuk pancangan
Ayat majmuk pancangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk atau ayat uatam dengan satu atau beberapa ayat kecil atau klausa kecil lain yang dipancangkan didalamm ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu. Ayat atau klausa induk dapat berdiri sendiri, tetapi ayat atau klausa kecil tidak.
Dlam bahasa melayu terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan yang ditentukan oleh cara pembentukkannya dan jenis ayat yang dipancangkan .
Jenis-jenis itu ialah :

Ayat majmuk pancangn relatif
Ayat majmuk pancangan komplemen
Ayat majmuk pancangan keterangan

AYAT MAJMUK PANCANGNA RELATIF

Ayat majmuk jenis ini dikenali dengan kata hubung relatif yang, yang digunakan untuk memancangkan klausa kecil ke dalam klausa induk. Contohnya:Saya menbaca buku yang ditulis oleh Keris mas

Ayat di atas terdiri daripda dua klausa, iaitu
a) Saya membaca buku ( klausa induk )
b) (buku ) ditulis oleh keris mas.

Klausa (b) yang dipancangkan ke dalam klausa (a) mempunyai subjek yang sama (buku ) dengan objek dalam klausa (a). Apabila ayat (a) dan (b) dicantumkan, perkataan buku dalam klausa kecil digugurkan dan digantikan dengan kata hubung relatif yang. Proses ini dapat digambarkan seperti berikut :

Langkah pertama : saya membaca buku + buku ditulis oleh keris mas
Langkah kedua : Saya membaca buku + buku ditulis oleh keris mas
Langkah ketiga : Saya membaca buku yang ditulis oleh keris mas

Contoh ayat lain
Dia mengambil baju yang berwarna biru
Lelaki yang baru tiba itu abang Ali
Taklimat yang disampaikan oleh pengurus syarikat itu sungguh menarik

Perhatian ;
Dalam ayat (2) klausa kecil dipancangkan ke dalam predikat ayat, dan bertugas sebagai objek. Sebaliknya dalam ayat (3) dan (4) kalusa relatif dipancangkan ke dalam subjek ayat


AYAT MAJMUK PNCANGNA KOMPLEMEN

Ayat majmuk ini ialah ayat yang terdiri daripada klausa induk dengan kalusa kecil dipancangkan untuk melengkapi kata kerja dalam ayat induk. Beberpa kata hubung digunakan lazimnya untukmencantumkan kalusa kecil dengan klausa induk. Yang palng lazim ialah bahawa dan untuk seperti yang digunakan dalam contoh-contoh berikut

Wanita itu mengatkan bahawa suaminya tidak ada dirumah
Tentulah tidak wajar untuk mereka mendirikan rumah dikawasan itu

Jika dianalisis ayat (1) terdiri daripada dua klausa iaitu (a) Wanita itu mengatakan (sesuatu ) yang merupakan kalusa induk dan (b) Suaminya tidak ada di rumah, Yang merupakan klausa kecil yang berfungsi sebagai unsur yang melengkapi kata kerja transitif mengatakann. Kedua-duanya klusa ini dicantumkan dengan kata hubung komplemen bahawa
Demikinan juga, dalam ayat (2) terdapat kalusa induk (a) (sesuatu 0 tentulah tidak wajar dan klausa kecil (b) mereka mendirikan rumah dikawasan ini. Kedua-dua kalus ini dicantumkan denag kata hubung komplemen untuk.


Jenis ayat komplemen
Ayat komplemen frasa nama
Ayat komplemen frasa kerja
Ayat komplemen farasa kerja

Ayat komplemen farsa nama

Frasa nama boleh menduduki empat tempat dalam ayat iaiutu sebagai subjek, predikat, objek tepat dan objek sip. Tetapi ayat-ayat komplemen jenis frasa nama hanya dapat menduduki dua tempat, iaitu sebagai ayat komplemen frasa nama subjek dan sebagai ayat komplemen frasa nama objek tepat.

Contohnya :

Ayat komplemen farasa nama
 Bahawa Islam menjaminkan keadilan memanglah jelas
 Untuk dia mendapat tempat pertama dalam peperiksaan itu memang susah
 Dakwaan bahawa ali menipu tidak benar

Ayat komplemen frasa nama objek tepat
 Rakan asaya menafikan bahawa dia terlibat dengan kejadian itu
 Kami mengakui bahawa peristiwa itu tidak patut berlaku
 Baerita itu menyebut bahawa serama 200 orang telah terselamat

Ayat komplemen frasa kerja
 Para peserta kursus berpendirian bahawa ujian yang diberikan amat sesuai
 Mereka berharap bahawa kursus tersebut telah membawa manfaat
 Pihak pentadbiran bersetuju bahawa cadnagn itu sangat baik

Semua kata kerja dalam klausa induk terdiri daripada kata kerja tak transitif


Ayat komplemen frasa adjektif
Saya sangat yakin bahwa rancangan itu akan berjaya
Mereka amat sedar bahawa cadangan itu mungkn akan di tolak
Para pelajar percaya bahawa usaha mereka akan membuahkan hasil


Dalam semua ayat komplemen kata hubung komplemen bahawa boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau kegramatisan ayat. Kedua-dua ayat berikut, msalnya adalah betul

Contoh

Saya sangat yakin bahawa rancangan itu akan berjaya
Saya sangat yakin rancangan itu akan berjaya

Perhatian :
Perhatikan bahawa ialah kata hubung komplemen dan tidak boleh ditukar ganti dengan kata hubung relatif, yang. Ayat berikut, misalnya, tidak dianggap baku

“Saya yakin yang rancangan itu akan berjaya

Ayat majmuk pancangna keterangna

Ayat majmuk jenis ini ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu klausa induk dan satu klausa kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keteranagn kepada predikat.

Contoh :
Imran telah besar semasa saya meninggalkan kampung itu
Saya akan berpuasa tujuh hari sekiranay saya berjaya dalam ujian itu

Jika dianalisis ayat pertama, kelihatan bahawa klausa induknya ialaha (a)Imran telah besar, manakala klusa kecil keteranagn ialah (b) saya mennggalkan kampung itu. Kedua-dua kalusa ini dicantumkan dengan kata hubung keterngan semasa

Demikian juga, dalam ayat kedua, klausa induknya ialah (a) saya akan berpuasa tujuh hari dari klausa kecil keterangan (b
) saya berjaya dalam ujian itu. Kata hubung keteranagn yang menghubungkan klausa induk dengan kalusa keternagan ialah sekiranya

Perhatian :
Lazimnya kalusa induk mendahului klausa keterangan. Namun begitu, klausa keterngan boleh hadir di hadapan klausa induk Ayat (1) dia atas, mislanya, boleh juga menjadi ayat (1a) yang berikut

Semasa saya meninggalkan kampung itu, Imran telah besar

Apabila ini berlaku, koma(,) lazimnya hadir selepas klausa kecil

Jenis Ayat Keterangan

Ayat-ayat keternagan berfungsi memberikan huraian lanjut kepada kata kerja ayat induk. Bergantung pada jenis kata hubung yang digunakan dan maksud yang terkandung di dalamnya, terdapat sembilan jenis ayat majmuk keternagan seperti yang dihuraikan dibawah

Ayat keterngan musabab
Keterangan musabab ialah unsur yang menerangkan sebab berlakunya sesuatu kejadian atau perbuatan. Kata hubung keternagan musabab ialah kerana, lantaran, dan oleh sebab

Contohnya :
Mereka berjaya kerana mereka berusaha
Lantaran bermain mercun buatan sendiri, Jamil kehilangan dua batang jarinya
Dia kalah dalam pertandingan itu oleh sebab lawannya lebih cekap

Ayat keterngan akibat
Keteranagn akibat ialah unsur yang menerangkan kesan atau hasil sesuatu perbuatan. Kata hubung keternagan akibat ialah hingga dan sehingga

Contohnya :

Ia bersorak sungghu kuat hingga serak tekaknya
Mereka mencuba sedaya upaya sehingga tercapai cita-cita mereka

Ayat keternagna syarat
Keterangan syarat ialah unsur yang menerangkan tuntutan yang mesti dipenuhi. Kata hubung keternagan ialah sekiranya, andai kata, jikalau, jika dan harus

Contohnya;
Andai kata kita gagal, kit akan mencuba lagi
Mereka akan terus berjuang sekiranya diperlukan oleh negara dan bangsa
Jika diizinkan Tuhan, kami akan datang lagi

Ayat keternagna waktu
Keterangan waktu ialah unsur yang menerangkan masa sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata hubung keternagn waktu ialah sejak, semenjak, setelah, sewaktu, semasa, semnetara, tatkala dan ketika

Contohnya :
Serangan ke atas musuh dibuat setelah semua rancanagn tersusun
Sementara menanti padi masak, petani itu menanm jagug
Ttatkla hujan renyai-renyai mereka berlepas dengan bas

Ayat keternag pertentangan

Keternagn pertentangan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan. Kata hubung keternagna pertentangan ialah walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, walaubagaimanapun, namun, sekalipun,dan sedangkan

Contoh :
Meskipun hujan mula turun, perlawanan itu masih diteruskan
Mereka tetp meneruskan perjalanan biarpun cuaca semakn buruk
Sekalipun dia sudah berumur, dia masih ingin belajar

Ayat keterngan harapan
Keterngan harapan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang dihajtai. Kata hubung keternagan harapan ialah supaya, agar, semoga, mogamoga dan kalau-kalaun

Contohnya ;
Kita mesti beriktiar agar tecapai cita-cita
Supaya semua orang dapat mendengar, ceramah itu dipindahkan ke dewan besar
Cuba bertanya kepada pemuda itu kalau-kalau dia tahu jalan ke rumah Pak Ali.

Ayat keternagn cara
Keteranagn cara ialah unsur yang menerangkan gaya atau kaedah seauatu perbuatan atau kejadian berlaku. Kata hubung keternagn cara ialah dengan

Contohya
Pekerja kilang itu dibawa ke dewan pameran dengan menggunakan bas

Ayat keternagn tujuan
Keternagn tujuan ialah unsur yang menerangkan maksud bagi sesauatu pebuatan atau kejadiab. Kat hubung keterngan tujuan ialah untuk , demi dan bagi

Contohnya :
Kta hendaklah jimat berbelanja untuk menjaga keadaan kewangan kita
Demi kebakaikan semua pihak marilah kita berkerjasama
Mereka berusaha sedaya uapaya bagi menjayakan rancangan tersebut

Ayat keterngan perbandinagn
Keterangna perbandingan ialah unsur yang menernagkan kejadian yang menjadi persamman . Kta hubung keterngan perbandingan ialah seperti macam, seolah-olah, seakan-akan, ibarat, bagaikan dan bak

Contohnya :
Dia kebingunagn seperti rusa masuk kampung
Pemuda itu sentiasa menagelamaun macam pungguk menrindui bulan
Orang ramai bersorak sekan-akan halilintar membelah bumi

0 ulasan: