? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

SALAM PERKENALAN

SALAM PERKENALAN
Faridah Binti Sadek, Sekolah Rendah Agama Bersepadu Daerah Pontian, Jalan Kampung Lama, 82200 Benut, Pontian, Johor. No Tel : 07-6909292

Ahad, 14 Februari 2010

CONTOH RENCANA

SEGALA DOA DAN PENGHULU AYAT AL-QURAN
FARIDAH BINTI SADEK

Kita sering berdoa, memohon restu Illahi dengan memulakan satu ayat yang sering kita bibirkan dan mengangggap ianya satu zikir iaitu ayat suci kursi yang memberi makna yang amat mendalam kepada si pembacanya supaya apa yang kita kerjakan akan mendapat hasil tanpa dipengaruhi oleh sang penghasut iaitu syaitan yang direjam serta nafsu kita sendiri.
ALLAH S.W.T, Tiada Tuhan, Melainkan Dia (ALLAH S.WT) Yang Tetap Hidup Lagi Berdiri Sendiri Selama-Lamanya. Yang Tidak Pernah Disentuh Oleh Mengantuk Dan Tidur. Yang Menguasai Langit Dan Bumi Serta Isi Kedua-Duanya. Tidak Ada Sesiapa Yang Dapat Memberi Syafaat (Menentukan Sesuatu / Menolong ) Di Sisinya Melainkan Dengan Izinya. Dia Yang Mengetahui Apa-Apa Yang Ada Di Hadapan Mereka, Dan Apa-Apa Yang Ada Dibelakang Mereka, Sedang Mereka Tiada Mengetahui Sesuatu Pun Dari Ilmu Allah Melainkan Apa Yang Allah Kehendaki( Memberitahu Kepadanya ). Luasnya Kursyi Allah (Ilmu Dan Kekuasaanya). Meliputi Langit Dan Bumi Dan Tiadalah Menjadi Berat Bagi Allah Menjaga Serta Memelihara Kedua-duanya, Dan Dialah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Besar ( Surah A- Baqarah : 255)
Surah ini tidak asing lagi bagi kita umat islam yang terlalu amat disayangi oleh Illahi kerana itu adalah ayat suci kursi yang sering kita amalkan dan ianya sangat masyhur serta dipenuhi dengan kelebihan bagi sang pengamal. Setiap bait-bait huruf ayat kursi ini menyatakan kebesaran Illahi yang menjadikan dan mentadbir sekalian alam.
Di dalam hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Bukhari dan muslim menyatakan bahawa Ayat kursi ialah penghulu ayat Al-Quran dan penghulu segala doa. Dan barang sipa yang mengamalkannya akan terpelihara daripada bala bencana dan daripada gangguan syaitan seta mendapat pahala yang amat besar.
Untuk menghapuskan segala keraguan kita kepada sang Pencipta
(Allah ) disini kita kupas penerangan yang terkandung di dalam ayat itu. Kenapa ayat tersebut dipanggil ayat kursi penghulu segala ayat Al-Quran dan penghulu segala doa.
Di kalimat pertama ayat itu menetapkan (Istbat) bahawa Allah yang kita akui sepenuhnya hati kita sebenar-benarnya Tuhan, dan tidak sesekali kita akui ada tuhan yang lain selain Allah. Allah itu adalah tuhan Yang Maha Hidup dan kekal untuk selamanya. Dia tidak ada awal dan tidak akan ada pengakhiran. Dia berdiri sendiri. Dialah yang menghidupkan segala apa yang hidup di alam ini dan kepadaNYAlah tempat pergantungan makhluk yang ada di atas muka bumi ini.
Allah taala tidak sama dengan tuhan-tuhan yang disembah oleh kaum jahiliah sama ada kaum jahiliah dulu mahupun zaman kini. Mereka terlalu taksub menyembah patung –patung yang pada mereka memberikan kebahagian yang berpanjangan kepada mereka. Sehinggakan mereka sanggup menyediakan pelbagai makanan yang sedap-sedap, sanggup berhabisan wang ringgit di hadapan patung yang tidak bernyawa itu dan akhirnya makanan itu hanya busuk dan dibuang di dalam tong sampah. Mereka menganggap dengan hidangan tersebut agar tuhan yang mereka ciptakan itu merasa senang hati dan akan sentiasa membrikan kesenagan hati dan kebahagian kepada mereka.
Padahal patung-patung tersebut hanyalah ciptakan mereka sendiri yang mempunyai mata, tapi tidak mampu unutk melihat, mempunyai tangan tetapi tidak mampu untuk bergerak. Mereka hanya tahu menyembahnya sahaja tetapi mereka tidak tahu sebenarnya pilihan mereka itu tidak pernah memberikan apa-apa yang bermakna sepanjang kehidupan mereka dimuka bumi Allah, bahkan mereka dilaknat oleh Allah Taala.
Mereka tidak pernah mewujudkan pilihan di dalam diri mereka untuk memilih yang terbaik dalam kehidupan bahkan mereka terus-menerus membangkang kewujudan Quran sebelum mengetahui isi kandungan kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W., dan menyebabkan mereka keliru untuk menyembah dan menyebabkan tuhan yang disembah itu merupakan makhluk yang aneh dan dan mengelirukan.
Sebagai umat islam yang sering berpendirian teguh dan memegang Al-quran sebagi pegangan hidup maka kita telah terselamat dari penyembahan yang kacau bilau ini.
ALLAH adalah tuhan yang kita akui dengan sepenuhnya bahawa Alllah itu tidak pernah disentuh oleh kemengantukkan dan ketiduran , tidak pernah disentuh oleh tipu daya manusia, tidak dapat disembunyikan daripadaNYA apa sahaja yang kita lakukan sepanjang kehidupan ini. Dia maha Mengetahui lagi Maha Mendengar apa sahaja yang dimohon pertolongan daripada Nya tanpa seizin Dia tidak akan ada seorang makhluk pun yang dapat menentukan apa saja usaha yang mereka usahakan.
Allah S.W.T Adalah tuhan yang mengetahui segala apa sahaja yang akan terjadi di hadapan kita, yang berlaku di bekakang kita di kiri dan kanan kita kerana dalam genggamanNyalah adanya alam dan bumi serta isi yang ada di dalamnya. Allah Taala tuhan yang merencanakan untuk kita, di hidupkannya kita di dunia ini, dan sebelum kita wujud di dunia ini. Dialah yang menjamin, yang memelihara kita yang kita sendiri tidak tahu dimana kita disimpanNya sebelumnya.
Dengan bukti yang nyata itu kita wajib menghambakan diri KepadaNYA, Patuh melutut, taat setia selama di dalam hidup ini dan apa-apa sahaja yang akan kita buat atau lakuakn maka sewajibnya kita berdoa bermohon restu daripadaNya terlebih dahulu dengan membaca ayat kursi tersebut supaya apa yang kita kerjakan itu berhasil tanpa dipengaruhi syaitan dan nafsu kita sendiri. Dan supaya kita selamat daripada tipu muslihat sang syaitan yang bertopengkan manusia seprti peragut, perogol dan sebagainya serta supaya selamat dari bala bencana.
Manusia wajib mengakui bahawa dia hanya semata-mata berikhtiar dalam hidup ini, yang menetukan (takdir)ikhtiar itu tidak ada melainkan Allah. Sebagaimana yang kita ketahui juga sejarah manusia lampau, dimana Firaun, Abraha yang menginginkan hidupnya kekal selamanya di dunia tapi Allah tidak mengizinkan maka sengsaralah mereka selama-lamanya.Hati manusia ini sering dibolak-balikkan oleh ALLAH untuk diuji kekuatan iman yang dimiliki oleh makhluknya di muka bumiNya ini. Jagalah iman kekuhkan iman tersebut di dalm diri kita agar kita sentiasa dekat denganNYA.
Kesimpulannya, berlindung kepada Allah dengan mengamalkan ayat kursi adalah paling tidak boleh kita abaikan. Dunia semakin bertamadun dan terlalu moden dan mudah untuk diri kita terjerumus kelembah yang dilarang oleh Allah. Oleh itu, marilah kita berlindung kepada Allah dengan mengamalkan ayat kursi kerana ianya merupakan ayat yang terlalu suci dan menjadi penghulu segala Ayat Al-Quran dan menjadi pemakbul segala doa......AMIN




FARIDAH BINTI SADEK
PENGAJIAN MELAYU 1
KDPM-KDC –PLPS JAJ AMBILAN MEI 2007

0 ulasan: