? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

SALAM PERKENALAN

SALAM PERKENALAN
Faridah Binti Sadek, Sekolah Rendah Agama Bersepadu Daerah Pontian, Jalan Kampung Lama, 82200 Benut, Pontian, Johor. No Tel : 07-6909292

Selasa, 26 Januari 2010

SISTEM BAHASA DALAM BAHASA MELAYU

KATA NAMA TERBAHAGI KEPADA TIGA IAITU :
1) KATA NAMA AM IAITU perkataan yang merujuk kepada benda-benda atau perkara -perkara yang bersifat umum dan lazimnya untuk menamakan
manusia seperti guru,ibu,kakak,polis,askar dan sebagainya
binatang seperti kucing, gajah, tikus,kambing dan sebagainya
benda seperti jam,kereta,telefon dan sebaginya
tumbuh-tumbuhan seperti padi, serai,rumput,pandan dan sebagainya

2)KATA NAMA KHAS IAITU merupakan perkataan yang merujuk secara khusus bagi sesuatu perkara. Kata nama khas ditulis dengan menggunakan huruf besar pada pangkalnya

3)KATA NAMA TERBITAN IAITU merupakan suatu perkataan yang terbit daripada kata dasar akibat proses pengimbuhan dan membawa suatu maksud yang baru. Proses pengimbuhan ini boleh terdiri daripada awalan, akhiran mahupun apitan. Contohnya:

AWALAN : ketua,kehendak,kekasih,pemanis dan sebagainya
AKHIRAN: makanan, lautan,mainan,minuman,jawapan,latihan dan sebagainya
APITAN : kejayaan, kedudukan,persekitaran,pemberian,kesusahan dan sebagainya

0 ulasan: