? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

SALAM PERKENALAN

SALAM PERKENALAN
Faridah Binti Sadek, Sekolah Rendah Agama Bersepadu Daerah Pontian, Jalan Kampung Lama, 82200 Benut, Pontian, Johor. No Tel : 07-6909292

Sabtu, 2 Januari 2010

PETIKAN PENCEMARAN AIR

Air merupakan nadi kehidupan manusia. Tanpa air, manusia bukan sahaja menghadapi masalah untuk meneruskan aktiviti kehidupan malahan juga akan mati kehausan. Demikianlah pentingnya air kepada kita.
Namun begitu, sumber air khususnya di negara kita sering dicemari oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sumber air dicemari dengan sampah sarap serta bangkai dan najis. Lebih daripada itu, sumber air dicemari pula oleh tumpahan minyak serta sisa toksik.
Pencemaran air menimbulkan beberapa kesan yang negatif kepada manusia. Yang pasti haiwan akuatik seperti ikan , udang, serangga air akan pupus sedikit demi sedikit. Bukan itu sahja, tumbuhan akuatik termasuk batu karang juga akan mengalami nasib yang sama.
Pencemaran air juga menyebabkab air berbau busuk dan dicemari kuman. Lebih mencemaskan lagi, sumber air yang tercemar tidak selamat untuk diminum. Justeru, untuk mendapatkan bekalan air yang bersih lagi selamat, kita terpaksa membayar harga yang lebih mahal daripada kebiasaanya.

0 ulasan: