? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

SALAM PERKENALAN

SALAM PERKENALAN
Faridah Binti Sadek, Sekolah Rendah Agama Bersepadu Daerah Pontian, Jalan Kampung Lama, 82200 Benut, Pontian, Johor. No Tel : 07-6909292

Sabtu, 9 Januari 2010

KEPENTINGAN PENGGUNAAN TATABAHASA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Konsep penggunaan tatabahasa ialah penggunaan bahasa yang betul semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggabungan kata-kata untuk menimbulkan bunyi ayat dengan menggunakan formula atau peraturan tertentu.

Tujuan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa
-Membolehkan kanak-kanak bertutur dengan lancar, terang dan mudah untuk difahami oleh orang lain.
-Membolehkan kanak-kanak memahami makna satu perkataan atau ayat dan menganalisa kedudukkannya.
-Membolehkan menentukan ayat yang betul atau salah mengikut peraturan bahasa itu.
- Berfaedah kepada orang yang dikuasai dengan bahasa ibunda mereka. Ini kerana mereka suka belajar mengikut peraturan tertentu (Mengikut bahasa ibunda mereka).



PANDANGAN SARJANA MENGENAI TATABAHASA


- Tatabahasa perlu dipelajari untuk menguasai sesuatu bahasa itu dengan baik.
-Mempelajari tatabahasa dengan menghafaz peraturan dan undang-undang.
- Diperkenalkan sebelum kanak-kanak, agar mahir berbahasa dengan baik.
-Mempelajari tatabahasa dan tidak menghafaz peraturan dan undang-undang tetapi berdasarkan contoh yang sesuai.
-Kepintaran seseorang itu berbahasa bukanlah bergantung kepada kecekapan peraturan dan undang sesuatu bahasa.

0 ulasan: