? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

SALAM PERKENALAN

SALAM PERKENALAN
Faridah Binti Sadek, Sekolah Rendah Agama Bersepadu Daerah Pontian, Jalan Kampung Lama, 82200 Benut, Pontian, Johor. No Tel : 07-6909292

Ahad, 27 Disember 2009

HADIS

Hadis Abu Hurairah r.a katanya : Pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w berada bersama kaum muslimin datang seorang lelaki kemudian bertanya kepada baginda : wahai Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan Iman? Lalu baginda bersabda : Kamu hendaklah percaya iaitu beriman kepada Allah, para malaikat serta semua kitab yang diturunkan pada para rasul dan percaya pada hari kebangkitan. Lelaki itu bertanya lagi : Wahai Rasulullah apakah pula yang dimaksudkan dengan Islam? baginda bersabda: Islam ialah mengabadikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukanNYA dengn perkara lain, mendirikan solat yang telah difardhukan, mengeluarkan zakat yang diwajibkan, dan berpuasa pada bulan Ramadhan. Kemudian lelaki tersebut bertanya lagi : Wahai Rasululah apakah makna Ihsan? Rasulullah bersabda : Engkau hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihatNYA, sekiranya engkau tidak melihatNYA maka ketahuilah bahawa dia sentiasa memerhatikanmu.

0 ulasan: